pada 4 hingga 6 november lepas telah berlangsung satu kursus "kursus lanjutan cendawan tiram",kursus tersebut adalah anjuran KADA dengan Kerjasama Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan "GU CENDAWAN"..yang berlansung di Kota Bharu Trade Center, seramai 40 orang peserta telah hadir..terdiri dari ahli GU CENDAWAN serta wakil Agensi Kerajaan... pada pendapat saya para peserta amat bertuah..kerana penceramah yang hadir adalah di kalangan otai otai serta pakar pakar cendawan yang agak tersohor dalam arena ini..antaranya Puan Normah ibrahim, En Zulkifli Ariff (cendawan puchong),Mr Tan (cuka kayu),Pn Zainon dan Pn Sinona (pakar Produk Hiliran Cendawan),wakil dari LIFE LIGHT serta FAMA
kami juga mengambil peluang ini untuk menjemput para usahawan cendawan seluruh kelantan,yang masih tidak menyertai persatuan GU CENDAWAN ini,bersama sama menyertai kami,agar kita dapat membawa bersama sama meningkatkan lagi ikatan keusahawan serta menaikan lagi perniagaan ini ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan